BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 21, 2010

KaSiMaNiS sTrAwBeRi FaRm

Satu lagi tempat yang sering dikunjungi oleh pelancong apabila berada di Cameron Highlands ialah KASIMANIS. Amat mudah untuk dikunjungi kerana ada papan tanda yang jelas menunjukkan lokasinya. Pengunjung sama ada dari Tanah Rata atau Brinchang akan jumpa jalan masuk ke Kasimanis betul-betul di hadapan Padang Golf Awam. Laluan masuk adalah sama dengan laluan masuk ke Strawberry Park Resort. Ia hanya lebih kurang 50 meter dari jalan besar.

Jom tengok apa KASIMANIS ADA...!

Papan tanda menunjukkan ladang tersebut. Tapi ini bukan papan tanda kat jalan besar, ia adalah papan tanda kat depan pintu masuk ladang tu.


Jalan masuk ke farm tu adalah gerai jualan yang menjual bermacam benda.



Ada pusat jualan, sempoi je gerai dia. Harga? tak berapa sempoi...


Strawberry untuk dijual, buahnya agak kecik, kalau korang dah nak makan sangat, bolehlah beli. Tapi kalau masih boleh tahan, carilah kat pasar malam, buahnya lebih besar.

Pokok entahapenamadia, untuk dijual

Deretan cactus untuk dijual, walaupun kat sini 7 pot/RM10 tapi agak kecik la. Lagi satu kat sini satu pot memang satu pokok, tempat lain kadang tu satu pot boleh dapat 2 pokok.

Pokok periuk kera dalam pasu.

Satu lagi pokok species entahapenamadia

Deretan pokok untuk dijual

Pokok tanduk rusa

Ini je yang menarik minat aku, strawberry Ice Cream, memang sedap. Harga? RM5 je....

Jadi, berkunjunglah ke Cameron Highlands


0 comments: