Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highland, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Homestay adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal dimana pelancong akan berpeluang berinteraksi dengan penduduk asal di sini serta mengalami cara hidup seharian penduduk & kebudayaan secara langsung.
ENGLISH COTTAGE DI TAMAN AGROTEK MARDI
Ramai pengunjung blog bertanya berkaitan English Cottage di Mardi Cameron Highlands. Semua telah maklum bahawa English Cottage tersebut adalah untuk sewa secara harian. Saya tidak berkesempatan untuk mencari maklumat lengkap berkaitannya cuma hanya pamplet yang dapat saya cari. Nak ambil gambar bahagian dalam, pihak Mardi tak benarkan sebab saya bukan penyewa. Jadi tak dapatlah saya nak cerita pasal hiasan dalamannya. Antara fakta berkaitan English Cottage Mardi ialah
Lokasi: Di dalam Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands
Jenis: English Cottage
Bilangan: 2 unit (dua bilik dan tiga bilik)
Bilangan tetamu dibenarkan: 2 keluarga untuk unit 2 bilik dan 3 keluarga untuk unit 3 bilik.
Kemudahan: Kawasan BBQ berbumbung
Kadar sewa: Rujuk pamplet dibawah:
Pamplet terbaru dari Mardi Agrotech.
English Cottage adalah seperti pada gambar 3 dari atas (rujuk gambar bawah ler...)
JURINA HILL LODGE
Monday, April 19, 2010
PeTeMpAtAn..
yG mErApU jErK atul_sekuteRG at 6:38 PM 0 comments
kEiStImEwAaN..!!! ('_')v
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain.
STRAWBERRY CACTUS
Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini.
LADANG TEH
yG mErApU jErK atul_sekuteRG at 6:20 PM 0 comments
sEjArAh...
Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.
yG mErApU jErK atul_sekuteRG at 5:49 PM 0 comments
Mukabumi
Pengunjung boleh ke sini dari Tapah, Perak.Jalan dari Simpang Pulai,Ipoh juga boleh sampai ke Cameron Highlans. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar.
yG mErApU jErK atul_sekuteRG at 5:36 PM 0 comments