BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 21, 2010

pEtA LoKaSi mEnArIk dI CaMeRoN

PeNgANgKuTaN AwAm dI CaMeRoN



Perkhidmatan pengangkutan awam sebenarnya tak berapa meluas di Cameron Highlands. Bagi pengunjung yang datang ke sini menggunakan perkhidmatan bas, mungkin akan mendapat sedikit masalah. Terdapat 3 buah syarikat bas ekspress yang beroperasi Di Cameron Highlands iaitu Unititi Ekspress, Kinta Omnibus dan Kurnia Bistari Ekspress.

Antara laluan bas tersebut ialah

1. Unititi Ekspress
Cameron Highlands - KL Sentral - Kuala Lumpur (8.30am, 1.30pm)
Cameron Highlands - Johor Bahru (8.30am)
Cameron Highlands - Singapura (9.00am)

2. Kinta Ekspress
Cameron Highlands - Ipoh (8.00am, 11.00am, 3.00pm, 6.00pm)

3. Kurnia Bistari Ekspress
Cameron Highlands - Kuala Lumpur (9.00am 10.30am 12.30pm, 1.30pm, 3.30pm)
Cameron Highlands - Butterworth

Bas tempatan pula ialah Regal Bas yang beroperasi dari Tapah - Cameron Highlands. Pertama kali cuba naik bas regal nie, aku rasa nak separuh mati. Itu baru Tanah Rata - Ringlet yang jaraknya cuma 15km.

Perkhidmatan teksi sewa juga terdapat di Stesen Bas Tanah Rata dengan kadar bayaran RM25 sejam. Kalau nak ke Mardi dari Tanah Rata (1km jer!) anda kena bayar RM4. Lebih baik jalan kaki dari naik teksi.

Perkhidmatan bas tempatan dari Tanah Rata - Kg Raja hanya melalui jalan utama, jadi kalau nak gie sebahagian tepat menarik tu kena jalan kaki la dari jalan besar. Oleh itu teksi adalah pilihan utama kebanyakan pelancong.

Singboard kaunter tiket Unititi Ekspress dan Kinta Omnibus. Kaunter dia kat belakang tu.


PrOdUk dArI CaMeRoN

ACAR BUAH CAMERON



Iklan sikit la hari nie.

Nama produk: Acar Buah Cameron
Kategori: Manisan, sesuai dimakan bersama nasi putih, beriani atau dimakan begitu sahaja.
Bahan-Bahan: Buah kering (strawberry, limau, kedondong, cerry), bawang merah, bawang putih, cili rempah dan minyak masak.

Seperti gambar diatas adalah saiz kecil (50gram) yang sesuai dijadikan cenderahati perkahwinan atau bagi je kat kekawan. Harga = RM2.00

Gambar bawah ialah saiz besar (500g) dengan harga RM15.00. Juga terdapat dalam saiz 1kg pada harga RM 28.00.



Gambar dibawah ialah mix dries fruit, berat 50gram pada harga RM2.00. Antara kandungannya ialah strawberry, kedondong, limau dan cerry kering.



Yang nie pulak dried strawberry. Berat 50gram pada harga RM2.00 jugak.



Kepada sesiapa nak beli dried strawberry secara kilo seperti dibawah, harga RM28.00 sekilo.




Nama Tempat: Taman Agro Al Mashoor
Lokasi: Di taman Sedia, ~2km dari Tanah Rata menghala Brinchang.
Tiket: Percuma
Apa yang menarik: Ladang strawberry dan pusat jualan. Jenama Almansor adalah antara jenama yang terkenal di Cameron, meliputi jem, jus, kordial yang dibuat sendiri (homemade). Jem strawberry amat istimewa kerana didalam botol anda akan dapati buah strawberry yang masih sebijik-sebijik. Takde letak perasa tau!. Taukeh dia nie (Tuan Syed) adalah bekas ketua stesen Mardi Cameron Highlands.

Deretan pokok strawberry.



Pusat jualan.





Pokok anggur menjalar dibumbung pusat jualan. Apa yang menariknya ialah anda boleh nampak pokok anggur dikebanyakan tempat di Cameron, tapi anda takkan jumpa sorang pun yang jual buah anggur Cameron. Tanam boleh, tapi kalau nak makan anggur, anda kena turun ke Ipoh, beli aje kat Tesco.



Antara produk yang dijual.

FraGrAnCe StRaWbEri



Nama tempat: Fragrance Nursery
Lokasi: Kat jalan besar, lebihkurang 3 atau 4 km dari Bandar Brinchang menghala Kg. Raja.
Tiket: Percuma jer...
Apa yang menarik: Bunga dalam pasu, peralatan untuk berkebun, orkid dll.

Ini pandangan dari tepi jalan, sesapa lalu jalan nie tapi tak jumpa nursery nie, memang sah mata rabun siang.



Papan tanda penuh bunga-bungaan.



Antara pokok bunga dalam pasu sedia menanti pembeli. Pokok limau kecik pun ada.



Pusat jualan yang dipenuhi pelbagai cenderahati.



Pergilah mana-mana gerai, pasti jumpa cenderahati berbentuk strawberry. Nursery nie pun macam tu jugak.



Sudut menjual pokok orkid. Kat Cameron tak banyak menjual orkid mungkin kerana cuaca tak sesuai untuk spesies nie.



Orkid apetahnamadia no. 1



Orkid apatahnamadia no. 2



Pokok penangkap serangga.



Orkid apatahnamadia no. 3



Lagi himpunan pokok dalam pasu.



Kalau nak beli pasu, baja foliar atau media tanaman pun ada dijual, murah jer....



Lagi himpunan pokok dalam pasu.



Lagi-lagi bunga....



Hibiscus atau bunga raya, RM15 satu pot. Masa beli kat sini bunga besar, bila turun bawah, bunga jadi kecik, so jangan terkejut!



Cactus dan seperti biasa, 6=RM10



Lagi pokok-pokok yang kehijauan.



Rupanya banyak lagi ruang dalam nursery nie, bila korang berkunjung ke CH, korang masuklah ke dalam tu.



Okey, selamat ke Cameron Highlands.

rUmAh PeRsEkUtUaN sTrAwBeRI



Nama: Healthy Strawberry Farm
Lokasi: Dihadapan Rumah Peranginan Persekutuan
Tiket: Masuk percuma

Pada posting yang lalu, saya ada menceritakan perihal rumah peranginan persekutuan yang boleh disewa oleh kakitangan awam pada kadar yang rendah. Tak pasti sama ada pembaca pernah mencuba untuk menempah secara online atau tidak. Yang pastinya rumah tersebut tidaklah penuh sepanjang tahun seperti yang diwar-warkan. Saya pernah mencuba menempah secara online sekadar melihat kekosongan jika ada. Saya dapati rumah tersebut hanya penuh pada hujung minggu pada 1 atau 2 bulan mendatang. Jika kita menempah untuk beberapa bulan sebelum, saya pasti ada kekosongan.

Posting kali ini saya ingin berkongsi lokasi ladang strawberry bersebelahan rumah persekutuan tersebut. Banyak jugak barang yang dijual seperti bunga, cactus, cenderamata dan lain-lain. Tempatnya tidaklah secantik seperti ladang Big Red Starwberry tapi bolehlah kalau nak berkunjung.

Korang tengoklah gambar yang ada nie.

Pintu masuk ke ladang.



Pusat jualan cenderamata. Agak serabut sikit.



Deretan pokok strawberry.



Bunga ros dalam pasu.



Pokok bunga berwarna-warni.



Seperti biasa, cactus lagi!!!!



Pokok cili hiasan.

TaMaN pErTaBaLaN TaNaH RaTa



Nama Tempat: Taman Pertabalan Tanah Rata
Lokasi: Di Tanah Rata, sebelah hotel Century Pines, kat simpang Persiaran Dayang Indah, bertentangan balai polis.
Kategori: Taman permainan, tempat lepak, nak bentang tikar untuk makan tengahari pun boleh.
Tiket: Takde tiket, tak payah bayar untuk masuk, kalau nak gie tandas baru bayar 3 posen.

Ada banyak permainan seperti jongkang-jongkit, buai, gelongsor. Tempat nie jugaklah tempat pelancong datang, bentang tikar kat bawah pokok, lepas tu makan bekal apa yang ada. Kalau takde bekal boleh beli goreng pisang kat satu kedai tu atau nak best lagi belilah ayam goreng ke, burger kat Marrybrown.

Masa cuti sekolah tempat nie memang ramai orang, kira berebut jugak la nak main apa-apa kat sini. Kat sini jugak tempat anak muda Cameron bermain skateboard, keta control dan lain-lain. Kalau nak main layang-layang minta maaflah sebab tak pernah dibuat orang main layang-layang kat sini. Bersebelahnya pula adalah padang MDCH tempat orang main bola sepak.

Apa pun korang layan la dulu beberapa gambar pasal taman nie.

Tempat main gelongsor.



Menara jam. Jangan harap waktu kat jam tu, salah memanjang.



Pandangan dari jauh.



Ada kawasan lapang tu, bentang je tikar.



Tempat untuk apa nie?



Warga muda main skateboard.



Lagi pandangan jauh.



Gambar menara jam lagi.